Search This Blog

About Me

My Photo
Death_Crew
Perak, Malaysia
"Aku Dilahirkn Kat Negeri Pantai Timor..Now aku Kat Utara...Study meyh..Bnyk Aku Dapat Blajr Kat cni..,Aku Ni Plg Bebal La Kalo Tengok Pompuan Mnanges..Ntah..,Aku Xtau nape..Coz Aku X Reti Nk Pujok!!.."
View my complete profile
Posted: Saturday, May 8, 2010 by Death_Crew in
0




Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan. Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 11 Mei 2008, di sini dipaparkan beberapa koleksi sajak yang ditujukan kepada ibu. Sajak-sajak ini telah diperolehi daripada beberapa laman blog, terima kasih.


Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.


Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….



Misteri Ikan Naga Tasik Kenyir

Posted: Friday, May 7, 2010 by Death_Crew in
2















“Apa yang digelar ikan naga di Tasik Kenyir sebenarnya ikan Arapaima Gigas. Mungkin orang menggelarnya ikan naga sebab saiznya besar dan kulitnya bersisik besar seperti naga.

Tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula semalam hingga 15 Ogos ini di seluruh tasik kecuali kawasan yang diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang mengumumkan ganjaran itu, berkata kaki pancing berminat perlu mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan penguat kuasa Kenyir Rangers akan memantau usaha menangkap ikan itu.

“Walaupun Arapaima Gigas spesies ikan besar, ia tidak menyerang manusia tetapi menjadikan ikan lain dalam tasik sebagai makanan.

“Kita khuatir dengan adanya spesies ikan berasal dari Sungai Amazon itu, ikan lain akan pupus. Kita juga bimbang ikan itu akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita bangunkan sebagai satu daripada destinasi pelancongan penting di Terengganu,” katanya pada sidang media.





Bagi menjayakan program itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, menyerahkan sumbangan RM150,000 bagi membiayai sebahagian kos penganjurannya kepada Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini. Kerajaan negeri sebelum ini menawarkan RM10,000 kepada pemancing yang berjaya menaikkan ikan dari Amazon itu yang dikatakan terlepas ke Tasik Kenyir, bagi mengelaknya membiak serta mengancam spesies ikan tempatan.


“Sesiapa yang berjaya ikan naga itu menerima RM10,000 dan sempena program ini hadiahnya dinaikkan kepada RM20,000,” katanya.


Nukilan Cinta Untukmu

Posted: by Death_Crew in
4

Sape la yg xpernah merasai cinta..kn..?
so aku nk kongsi ayat2 yg boleh buat kowg mengimbau la kenangan manis kowg ngn yg org yg tersayang slain parents kowg la...hoho...k..,bace jgn x bce...



1. Aku mencintaimu bkn kerana kecantikanmu, aku mencintaimu bkn kerana kehangatan cintamu, aku mencintaimu bkn kerana cintamu, aku mencintaimu kerana cinta itu kamu

2. Aku membencimu kerana mencintaiku dan kamu mencintaiku kerana aku membencimu, kini aku sedar yang aku tidak boleh membencimu jika aku tidak mencintaimu..

3. Kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak cantik? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku tidak pandai? kenapa kamu mencintaiku sedangkan aku gemuk? tetapi lebih teruk lagi kenapa aku juga boleh mencintaimu?

4. Seluruh dunia aku pergi tetapi hanya kau seorang sahaja yang ku temui berjaya menawan hatiku. tidak ada 2 dan 3 biarpun kamu hanya manusia biasa..

5. Kehadiranmu menyinari hidupku, kehangatan cintamu mengubati sepiku, kelembutanmu mengubati lukaku, kemanjaanmu adalah penawar resahku..

6. Jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu ada 2 hati yang terpisah.. apabila jauh itu ada rasa yang resah, apabila jauh itu ada jiwa yang gelisah, apabila jauh ada rindu yang tak sudah-sudah..

Kata-Kata Pujangga Cinta

Posted: by Death_Crew in
2


  • Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.
  • Cinta sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.
  • Hati dan jantung manusia itu habis dan kering kasih sayangnya, dia akan merupakan kaca yang pecah yang tidak mungkin akan bertaut kembali.
  • Tiada kisah yang teramat manis dari kisah cinta, tiada kisah yang amat ngeri dari putus cinta.
  • Cinta dan kasih sayang bukanlah sesuatu yang kekal abadi pada seseorang. Ia bukan sahaja boleh tumbuh subur, tetapi juga boleh layu sebelum berkembang.
  • Cinta adalah kehidupan bagi seorang wanita, tetapi merupakan sebahagian babak kehidupan seorang lelaki.
  • Jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-nyiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya.
  • Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
  • Cinta laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci cuma tanah yang berlainan menerimanya.
  • Cinta seperti ombak dan manusia seperti pantai. Kemana juga larinya pantai, akan tetap juga disentuh ombak. Indah atau tidaknya pantai itu bergantung kepada keras atau lembutnya ombak yang melanda.
  • Lemparkan sesorang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, nescaya dia akan timbul dan membawa seekor ikan. Letakkan pula seseorang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, nescaya dia akan mati kelaparan.

Pontianak@Kuntilanak!!!!

Posted: Wednesday, May 5, 2010 by Death_Crew in
2

Hari ni..,aku rase nk post citer sal kuntilanak@ pontianak...! mybe sbb td aku tgok citer sal pontianak..,so..,aku nk kongsi psl story pontianak ni kt kowg..

Dlm masyarakat Indonesia,dorg mmg pcaya la kt berbagai jenis hantu atau mahluk spiritual. Jenis- jenis hantu yang ade kt Indonesia iaitu : Kuntilanak, Sundel bolong, Toyol, Pocong, Genderuwo, Orang bunian, Siluman,Jin dan lain-lain lg.


Kuntilanak dalam bahasa Melayu : pontianak, pontianak adalah hantu yg dipercayai berasal dari perempuan hamil yg meninggal atau wanita yg meninggal coz melahirkan dan anak tersebut belum sempat lahir.

Ada kemungkinan bahawa nama kuntilanak tersebut berasal dari gabungan ayat “bunting” yang bmksud hamil.

Rupa bentuk kuntilanak digambarkan dalam bentuk wanita cantik yang punggungnya berlubang. Kuntilanak digambarkan oleh penduduk kampung untuk menuntut balas.

Kuntilanak dikaitkan apabila muncul dengan aroma bunga kemboja. Konon, laki-laki yang tidak berhati-hati akan dibunuh selepas kuntilanak berubah wujud menjadi penghisap darah. Kuntilanak juga senang mengambil bayi dan melukai wanita hamil. Adanya perbezaan pendapat dalam penggambaran dari kuntilanak tersebut, karana tiadanya teori yang wujud mengenai hal-hal ghaib ini. Seperti halnya dalam cerita seram dan film hantu di television Malaysia.

Kuntilanak digambarkan membunuh mangsa dengan cara menghisap darah di bahagian tengkuk, seperti vampire. Agak berbeza halnya dengan gambaran menurut tradisi Melayu, dimana kuntilanak menurut tradisi Sunda tidak memiliki lubang di punggung dan hanya mengganggu dengan penampakan saja. Jenis yang memiliki lubang di punggung sebagaimana deskripsi di atas disebut sundel bolong.

Kuntilanak konon juga menyukai pohon tertentu sebagai tempat “bersemayam”, misalnya pokok besar. Dalam tradisi dan kepercayaan masyarakat Jawa, kuntilanak tidak akanmengganggu wanita hamil bila wanita tersebut selalu membawa paku, pisau, dan gunting bila ke mana saja.

Hal ini menyebabkan seringnya ditemui kebiasaan meletakkan gunting, jarum dan pisau di dekat tempat tidur bayi. Lain halnya dengan kepercayaan masyarakat Melayu, benda tajam seperti paku dapat mengelak serangan kuntilanak. Ketika kuntilanak menyerang, paku ditancapkan di lubang yang ada di belakang leher kuntilanak. Sementara dalam kepercayaan masyarakat Indonesia lainnya, lokasi untuk menancapkan paku bisa bergeser ke bagian atas ubun-ubun kuntilanak.


Citer ni.,aku xtau kesahihannye btol atau tidak..

tp..,kte kne la juga mngmbil tau dlm hal2 cmni..coz bende halus.,kte xnmpk..juz nk tau xpe kn..

Barang2 Keramat dan Misteri !

Posted: Tuesday, May 4, 2010 by Death_Crew in
0


Apakah anda atau keluarga anda mempunyai benda-benda berkeramat? Biasanya benda-benda tersebut dipercaya mempunyai kekuatan yang bisa dipakai sebagai perlindungan, pemberi kemujuran rezeki, memperindah aura pemiliknya dan lain sebagainya.

Banyak sekali benda-benda keramat di Indonesia. Benda-benda pusaka tersebut mempunyai beberapa bentuk, seperti batu, benda pusaka, tempat bertua dan lain sebagainya. Benda seram tersebut biasa dimiliki atau didatangi oleh seseorang, perseorangan atau kelompok atas kepentingan mereka. Mereka dipercaya memiliki kemampuan yang lebih karena tersimpan sesuatu yang ghaib di dalamnya.

Namun, tidak sembarangan orang bisa memiliki benda atau pergi ke tempat keramat tersebut. Mereka harus melewati beberapa tahapan yang menjadi syarat wajib untuk membuka tabir antara dunia manusia dan dunia ghaib. Biasanya mereka diharuskan untuk berpuasa, tidakmelakukan kebatilan atau membacakan beberapa ayat-ayat suci Al-Quran dan do’a-do’a dengan jumlah yang telah ditentukan.

Dalam kehidupan kita sudah barang pasti mengenal yang namanya keris, batu akik, tempat bertua, bahkan jenglot. Kita tahu bahwa jenglot adalah salah satu jenis makhluk ghaib yang memiliki ukuran tubuh sangat kecil seukuran telapak tangan manusia. Jenglot memiliki taring dan rambut yang panjang. Makanan jenglot adalah darah dan setiap malam-malam tertentu dia akan dimandikan dengan ritual lengkap. Keris juga dipercaya mempunyai kekuatan mistis didalamnya.

Keris seperti ini biasanya juga akan dipergunakan pemiliknya untuk beberapa keperluan, seperti penjaga pemiliknya dari gangguan orang, pesugihan, menampakkan wibawa pemiliknya dan sebagainya. Kedua contoh benda tersebut adalah segelintir benda-benda keramat atau jimat yang dipercaya mampu memberikan suatu kekuatan, perlindungan dan lain-lain bagi pemiliknya. Anda mempercayainya? Allahua’lam bissawaf…

Jom Belajar Bahasa Terengganu

Posted: Wednesday, April 28, 2010 by Death_Crew in
5


Ari ni..,aku nak ajar kowang utk memahami bahase terengganu..!! try la buat2 phm..hehe


Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada
( )Tak Faham
( )Tak Sedap
( )Tak Larat
(o)Tak Lulus

“Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?
( )Pahtu
( )Dok Tahu
(o)Dekpong
( )Guane

Frasa “Woh smete” membawa maksud,
( )Wah jahatnya
( )Buat tak peduli
(o)Buah Manggis
( )Wah besarnya

Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,
( )Sangkakala
( )Seekers
(o)Sangka
( )Saka

Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”
( )Penak benor keje lening
( )Letihsang ‘nggoh keje hari ning
(o)Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning
( )Letih perik kite keje hari ning

Perkataan berikut memberi makna ‘Tipu’ kecuali
(o)Mussang
( )Plawok
( )Lebong
( )Nawwok

Apakah maksud ‘Tunggu Stor’
( )Jaga line
( )Tunggu pintu stor
( )Rileks dulu
(o)Tunggu kejap

“Pak Itam membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;
( )Stik batu
( )Tago Batu
(o)Plekong Batu
( )Tang ngo batu

Maksud perkataan ‘Kerahsang’
( )Kaku & tidak bergerak
( )Terangsang
( )Kejur
(o)Keras amat sangat

Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____
( )Cedding
(o)Ngerrek
( )Dok malu
( )Nette

“Mung nok kene enjja?” Apakah maksud enjja?
( )Tampar
( )Tumbuk
(o)Terajang
( )Marah

“ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?
(o)Terkejut
( )Hilang Sabar
( )Marah
( )Berdebar kuat

Perkataan Tubek membawa erti?
( )Tak tentu pasal
( )Masuk
( )Lalu Lalang
(o)Keluar


::::Emm Cam ne kowg.? Agak2..,paham x..? aku harap kowg leh besembang ngn owg terengganu dgn lebih lancar!! hehe ::::

Teka Teki with Answer!!

Posted: by Death_Crew in
0

Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol


7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?


8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah


9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?


10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

11) Gajah lalu patah titi....!!!semut lalu patah aper...!!!

12) ianya kereta tapi orang tak panggil kereta apakah itu..???

Jangan lihat jawapan nya dulu




ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

11) patah balik r..!!!!

12) teksi r..!!!orang tak panggil kereta pon org panggil teksi..!!!

Adi Putra Budak Genius

Posted: by Death_Crew in
0


"OTAK Adi Putra adalah pemberian Allah".

Itulah kata-kata yang diucapkan sendiri oleh kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani yang baru berusia enam tahun dan bercita-cita menjadi seorang profesor matematik Islam.

Adi Putra yang suka makan roti bersama minuman bercoklat serta aiskrim, mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra, indeks dan trigonometri.

Kebolehan menjawab soalan matematik tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri, juga meyakinkan.

Penulis yang mempunyai sedikit latar belakang dalam matematik tambahan, terasa kagum melihat keupayaan seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai pendidikan formal matematik seperti Adi mampu menyelesaikan soalan seperti 30.80 - 2 7/10-3 2/100 = 25.08 atau 1/16 = 0.0625 atau (3/4) kuasa dua - punca kuasa tiga 125 = -4 7/16 secara congak.

Adi menyelesaikan soalan itu kurang daripada sesaat kerana anak genius ini memberikan jawapan secara spontan sebaik melihat soalan yang diberikan bapanya, Abdul Ghani Wahid.

Siapa sangka keunikan kanak-kanak berasal dari pekan kecil seperti Bagan Serai itu akan mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk tawaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang membantu menggilap kebolehannya menerusi kepakaran yang ada di universiti itu.

Ramai berpendapat kepintaran kanak-kanak yang belum bersekolah ini tidak boleh disia-siakan dan harus diberikan perhatian dan bimbingan terbaik bagi mengenal pasti potensi akliah atau IQ dan tahap kepintarannya.

Ogos lalu, Berita Harian melaporkan kehebatan Adi Putra dengan mudah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar Tahun Satu hingga Enam dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru dekat Bagan Serai.

Dalam ujian itu, Adi Putra dengan pantas menjawab tepat sehingga membuatkan guru tertanya-tanya mengenai formula sifir dan logik menjawab soalan yang diberi secara rawak.

Kanak-kanak itu juga mampu menyelesaikan pelbagai soalan matematik peringkat sekolah menengah dan mengenal dengan mudah angka trilion (15 angka).

Kebiasaannya, Adi Putra hanya mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima 26 sijil penghargaan, termasuk diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut, Matang dan Selama.

Kepintarannya juga menyebabkan ada sekolah rendah dan menengah mengundangnya untuk memberi motivasi, selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Persoalannya ialah bagaimana kanak-kanak berusia enam tahun dan ketinggian tiga kaki setengah ini mempunyai kemampuan luar biasa itu? Apakah kesan dididik dengan formula khusus oleh ibu bapanya atau ia memang satu keistimewaan pemberian Ilahi.??

RENUNG2 kan..Ini lah Kekuasaan Allah s.w.t...

::IPOH::

Posted: Tuesday, April 27, 2010 by Death_Crew in
0


IPOH,Perak...

Ekceli.,aku xtau sngat la sal tempat ni..,tp,Aku juz nk kongsi pe yg aku dpt tngok kt tempat ni je coz aku bkn asal kt cni..,aku hnyalah seorang "perantau"..(perantau la sangaaatt).haha..

k..bg aku.,ipoh ni x bnyk la tmpat2 yg bes2 or mnarik..
lau ade pon.,Gua Kek Lok Tong,Gua Lang..
tp ade jgk tmpt yg Hancus!! Menarik.,tp..,
hmm.,ye lah kn..,nk mnarik pebendenye kalo digelumangi ngn maksiat..???
so aku juz nk kongsi tempat2 yg besenye pasangan 'belangkas' ni parking..hehe..

PADANG POLO

kalo siang,maybe xramai sngt la nk wat xsenonoh ni..,coz owg ramai lepak2 ngn joging2..
Tp..,kalo malam..,perghh..,xyah nk cakap..! kompem penoh..Dr tepi jln..,smpai kt bhgian dlm padang 2 pon..,penoh..boley ckp..,sume 'port2' penoh..! Kalo malam mggu..,lg la ramai kn...kalo kowg nk tgok bapok2..,datang dalam kol 2 pagi..Berator kt ujong jln..Hape ntah dbuatnye ntah..
kowg ley byg x,kalo mak nyah 2 pggil kowg..?
"abannnnngggggggg.."..arrghhhh!!!!!! xdpt aku nk byg kn..
Astarghfirullah..!!! Mintak jauh laa...

AREA HOTEL LUCKY

Hmm..,kt cni boleh thn jgk la..
awek2..,mmg kurang cket..tp,,haa,ade tpnye.hehe.."Chico" atau nme saintifiknye..,Mak Nyah alies pondan...bkn nk ckp la kn..,skali pandang mmg xtumpah cam pompuan..!
Dye punye solid..,mmg kecurrr air liur kaum adam..haha.pe nk jadi ntah.
Pernah 1 kali aku ngn budak2 aku ronda2 kt area 2..,ade sekor mak nyah ni..,tawar mnawar ngn membe aku!..RM50..giler aku ckp!
tgok mmg la cun.,tp pikir2 blik..,dye 2 jantan nk jd pompuan..,uiii..,meremang bulu idong!.haha..

TAMAN D.R

Taman ni,memang mnarik coz ade 1 taman kt dalam 2.."Taman Jepun"..try la masok..
gerenti kowg suke..pd pecinta alam 2.,mybe ttrik la..
Tp syg..,tmpt ni pon..,maksiat berleluasa jgk..adoi...tmpt cantek..,tp dicemari..xke rugi 2..kn..?hmm kalo xcye..,pegi la time mlm..
mmg tmpt ni ade abg2 Bangladesh yg jaga..,tp dowg wat xtau je kalo ade pasangan kapel memadu asmara..Aku penah tngok dowang ni leh pegi mngendap pasangan 2 wat xsenonoh..!
bukan nk pegi marah or hape..,siap lyn lak 2..
hampeh tol!! citer..

p/s: benornye..,aku nk citer bnyk tmpt lg..,len kali lak aku citer..coz bnyk lg tmpt area ipoh
ni yg aku xckp..
Ngah lyn bola nih..LYON vs BAYERN MUNICH..hohoho..

So kalo kowg tau mne2 tmpt kt ipoh ni yg mnjdi port pasangan2 ni parking wat xsenonoh..,juz give ur feedback ek..kte bincgkn kt cni..




Belia Benci Maksiat!!!